Pelawat Online: 1
Tiada Ahli Online
Jumlah Generasi: 16
Jumlah Besar;
Berdaftar: 552
Lelaki: 303
Perempuan: 249
Ahli Bersekutu: 4
Lelaki: 2
Perempuan: 2
Ahli Biasa: 548
Lelaki: 301
Perempuan: 247
Ahli Belum Disahkan: 1
Ahli Paling Baru: bajak
|
|
| |
|
|
| |
 Selamat Datang dan Ahlan Wa
Sahlan!
Montaj
Majlis Pelancaran
Alhamdulillah dengan nikmat yang
dikurniakan oleh-Nya, dapatlah kita sama-sama berkumpul di alam
siber ini.
Dialu-alukan dari seluruh pelusuk tanahair bekas
warga SMAKJ untuk mendaftar sebagai ahli.
Perhatian!
Pihak alumni telah menaiktaraf laman baru. Oleh itu anda semua terpaksa mendaftar kembali keahlian anda. Sila semak nama anda di ruangan Carian di sini
Firman Allah:
Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang- orang yang menafkahkan hartanya
di jalan Allah adalah ibarat sebiji benih yang mengeluarkan tujuh tangkai
dan setiap tangkainya mengeluarkan 100 biji. Allah melipatgandakan (ganjaran)
bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas Kurnia-Nya lagi Maha Mengetahui.
(Al-Baqarah: 261)
- Sesuai dilihat menggunakan
paparan monitor beresolusi 1024 X 768 dan ke atas -
SENARAI AHLI YANG TELAH MEMBAYAR YURAN SESI 2008/2009. KLIK DI SINI.
|
|
| |
|
|
|
Disiarkan Oleh sifunora Pada November 17 2008 23:55:41
ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT ,
MOGA KITA SEMUA DIRAHMATI ALLAH .
DIAM TAK DIAM SUDAH 2 TAHUN ALUMNI SMAKJ TERTUBUH DI ATAS NAMA PENAJA SAHAJA , PENAJA NI ERTINYA LEBIH KURANG MASIH MUALAF . KITA PERLU MENGORAK LANGKAH BERANI UNTUK MENZAHIRKAN ALUMNI SECARA PERUNDANGAN ... (ROS).AJK PENAJA YANG ADA TELAH BERUSAHA DENGAN SEGALA KEKANGAN DAN HAMBATAN UNTUK MEMIKUL BEBANAN INI . SUDAH SAMPAI MASANYA IA DISAHKAN KEPADA PIMPINAN YANG BENAR-BENAR MAMPU MEMBAWA ALUMNI KE ARAH YANG LEBIH GEMILANG DAN TERBILANG .
SEHUBUNGAN DENGAN ITU , PERTEMUAN 26 JANUARI 2009 ADALAH AMAT PENTING DALAM KITA MENJANA KOMUNITI BERTARAF DUNIA . PERTEMUAN INI BUKAN PERTEMUAN BIASA . PERJUMPAAN INI BUKAN UNTUK BERBUAL KOSONG , PROGRAM INI BUKAN MENGISI MASA KOSONG , AGENDA INI BUKAN AGENDA PERIBADI , ADA AMANAH BESAR YANG MAHU DIBAWA .
PILIHANRAYA UMUM ALUMNI AKAN DILANGSUNGKAN PADA TARIKH TERSEBUT . KITA YANG MENDOKONG SEMUA KENANGAN DAN NOSTALGIA DI SMAKJ JANGAN MENJADIKAN ISU PILIHANRAYA MENJADI PENYEBAB UNTUK TIDAK DATANG , TETAPI JADIKAN RASA KEBERSAMAAN DAN KEPERLUAN MEMBALAS BUDI UNTUK KITA DATANG BERAMAI-RAMAI KE MAJLIS GIGA REUNION TERSEBUT .
SAYA MERAYU DAN MENDAMBAKAN SOKONGAN DAN DOKONGAN SEMUA WARGA ALUMNI UNTUK MENJALANKAN PROGRAM INI . SOKONGAN UNTUK HADIR KE MAJLIS INI WALAU SEKEJAP . JANGAN KERANA SAYA , KERANA SAYA ADALAH MANUSIA YANG TIDAK BERKUASA MEMBERI APA-APA , TETAPI KERANA ALLAH KERANA DIA MAHA PEMBERI DAN PENGASIH . AMIN..
SILA DATANG KE GIGA REUNION 26 JANUARI 2009 DALAM MENJANA KOMUNITI BERTARAF DUNIA
HAMBA MUSAFIR DI BUMI ALLAH
AB RAZAK BIN ARIPIN KETUA AJK PENAJA ALUMNI SMAKJ
1 Komen · 30 kali telah dibaca
·
|
Disiarkan Oleh sifunora Pada November 17 2008 23:20:25

Bismillahirrahmanirrahim
Pihak pengurusan Alumni mendapat berita tentang musibah yang menimpa seorang bekas guru dan seorang bekas pelajar SMAKJ , semoga mereka sabar dan redho dengan ujian yang diberikan , sebagai warga alumni ... marilah kita bersama-sama berdoa dan memohon kesejahteraan untuk mereka...amin
1 . Cikgu Amat Ali ( suami kepada cikgu Normah ) beliau sekarang di serang strok , tinggal di Tinam . Kluang .
2 . NurulJannah Abd Latif ( Batch 13 ) ..pagar biru :) , baru selesai menjalani pembedahan appendiks pada 17 Nov 2008 di Hospital Penawar Pasir Gudang .
kami wakil warga alumni mendoakan agar mereka dan keluarga sabar dan tabah dalam menghadapi ujian ini , dan mendoakan agar mereka diberikan kesihatan yang baik dan disembuhkan dari segala penyakit...amin...
0 Komen · 9 kali telah dibaca
·
|
| CADANGAN TARIKH GIGA REUNION ALUMNI SMAKJ |
Disiarkan Oleh sifunora Pada November 10 2008 03:11:31

GIGA REUNION ALUMNI SMAKJ ALUMNI : TELUSURI KENANGAN
Assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh.. Alhamdulillah , satu tarikh telah dirancang untuk diadakan majlis GIGA RE-UNION untuk alumni SMAKJ , walaubagaimanapun kami masih membuka ruang kepada anda semua memberi komen bagi tarikh dan tempat yang dicadangkan
Cadangan Pertama Tarikh - 28 Dis 2008 Tempat - Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor
Cadangan Kedua Tarikh - 26 Jan 2009 Tempat - SMAKJ
Diharap anda semua dapat memberi maklumbalas yang dapat membantu pihak kami berurusan dengan adil dan saksama
JAZAKUMULLAHU KHAIRAN KATHIRA
NORA MAHAT S/U ALUMNI SMAKJ
35 Komen · 426 kali telah dibaca
·
|
Disiarkan Oleh nurezz Pada November 07 2008 02:38:40
Salam untuk semua...
Takziah untuk sahabat kita Mohd Fahmi bin Abd Aziz atas kematian nenda tersayang yang telah kembali ke rahmatullah malam tadi.
kepada rakan-rakan yang berada disekitar senggarang dan batu pahat,bolehlah datang ziarah di rumah ibubapa fahmi di kg sg buloh,senggarang.
moga fahmi dan keluarga bersabar dengan ujian ini dan moga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman...Al-Fatihah
4 Komen · 89 kali telah dibaca
·
|
Disiarkan Oleh sifunora Pada October 30 2008 14:44:07
 بسم الله الرحمن الرحيم
Bersempena dengan bulan haji ini , Pihak Pengurusan Alumni ingin mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH HAJI kepada warga alumni yang akan mengerjakan ibadah ini pada tahun ini . Moga kalian semua pulang dengan haji yang mabrur , di permudahkan segala urusan dan selamat pergi dan kembali di dalam pemeliharaan Allah. Kami memohon ampun dan maaf kepada bakal hujjaj di atas segala kesalahan dan kesilapan yang telah dilakukan .
ضيوف الرحمن
سفرا برا , وحجا مبرورا, وسعيا مشكورا , وتجارة لن تبور
5 Komen · 159 kali telah dibaca
·
|
| LAPORAN MAJLIS JOM ! RAYA DI SMAKJ |
Disiarkan Oleh sifunora Pada October 30 2008 14:30:24

Alhamdulillah...majlis JOM ! RAYA DI SMAKJ telah dapat di sempurnakan dengan jayanya , moga majlis tersebut di berkati Allah...Terima Kasih kepada semua pihak yang memberikan sokongan padu dan bersama-sama menjayakan majlis tersebut . Di bawah ini disertakan laporan kewangan dan kehadiran majlis.
SENARAI PERBELANJAAN MAJLIS JOM ! RAYA DI SMAKJ 2008
| TARIKH | WANG MASUK | WANG KELUAR | | 26.10.08 | Butiran | Nilai (RM) | Butiran | Nilai (RM) | | Yuran Pendaftaran | 2565.00 | Jamuan Tengahari | 2340.00 | | Sumbangan Perseorangan | 500.00 | Jamuan Petang | 450.00 | | Sumbangan Dewan Makan SMAKJ | 1000.00 | Air | 300.00 | | | | Banner & Backdrop | 300.00 | | | | Sewa Sistem P.A. | 150.00 | | | | Pinggan & Mangkuk Polistrin | 116.00 | | | | Persiapan Dewan dan Pendaftaran - Tikar Getah - Plastik Alas Meja - Belon dll | 177.00 | | | | Bola Sepak (1 biji) | 55.00 | | | | Upah Pelajar SMAKJ | 50.00 | | | | Baki (Dimasukkan ke dalam tabung ALUMNI) | 127.00
| | JUMLAH |
| 4065.00 |
| 4065.00 |
UCAPAN PENGHARGAAN Pihak Alumni SMAKJ serta AJK Sukarelawan dengan ini ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada para penyumbang untuk majlis ini. Moga Allah memberi ganjaran yang berganda kepada anda semua.
| Bil | Penyumbang | Jenis Sumbangan | | 1. | Tn Hj Maskon bin Kadan (Pengetua SMAKJ) | Penempatan sekolah | | 2. | En Nasir (Dewan Makan SMAKJ) | RM1000.00 | | 3. | Sumbangan Perseorangan | RM500.00 | | 4. | En Putera bin Abd Rahman (Batch 3) | Bip Bola Sepak | | 5. | Batch 3 | Hamper (3 unit) | | 6. | En Mohd Aminur Rasid Mohd Ali (Rasidonat - Batch 13) | Pamplet & urusan fotostat | | 7. | En Nor Ilham Abd Malik (Batch 2) | Penyediaan Projektor & skrin | | 8. | En Zahidee bin Taat (Batch 4) | Slot multimedia | | 9. | Miss Rafkah binti Januri | Tenaga pengajar SMAKJ |
Serta ramai lagi orang perseorangan yang turut sama menyumbang tenaga dan sebagainya untuk menjayakan majlis ini. Sekali lagi ungkapan terima kasih yang tidak terhingga buat kalian.
KEHADIRAN SETIAP BATCH
BATCH 1 - 10 BATCH 2 - 19 BATCH 3 - 11 BATCH 4 - 02 BATCH 5 - TIADA WAKIL BATCH 6 - 11 BATCH 7 - 13 BATCH 8 - 15 BATCH 9 - 41 BATCH 10 - 27 BATCH 11 - 13 BATCH 12 - 5 BATCH 13 - 47 BATCH 14 - 12 BATCH 15 - 02 BATCH 16 - 09
3 Komen · 98 kali telah dibaca
·
|
Disiarkan Oleh sifunora Pada October 28 2008 07:36:04
إنا لله وإنا إليه راجعون Ucapan takziah kepada ADIBAH BINTI OTHMAN (batch 1) di atas pemergian ayahandanya ke rahmatullah pada 26 okt 2008...dan kepada SALLEHAN BIN AHMAD (Batch 1 ) juga diatas pemergiannya ayahandanya ke rahmatullah pada 18 Okt 2008 . moga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang bertaqwa...amin..AL FATIHAH
10 Komen · 146 kali telah dibaca
·
|
Disiarkan Oleh sifunora Pada October 20 2008 13:05:27
Bersempena dengan majlis JOM!RAYA DI SMAKJ pada 26 Okt 2008 , pihak Alumni akan menjemput semua warga pendidik dan bekas tenaga pengajar SMAKJ ... Dengan ini pihak pengurusan meminta jasa baik anda semua untuk memberikan maklumat bekas guru anda semasa berada di smakj...dapat no tel pon dah ok... memandangkan pihak sekolah mempunyai masalah teknikal dalam menyimpan data guru-guru lama .
Antara guru-guru yang dijemput 1. Semua bekas pengetua 2.Semua guru-guru smakj sekarang 3.Ustazah Siti Nor jaffar 4.Ustazah zanariah Yasnon 5.Ustazah Nor Suhanna Abdullah 6.Ustazah Ruzita Bahrin 7.Us Hasni Basri bin Omar 8.Us Nasir Bin wahid 9.Us Sulaiman Ahiya 10.Cikgu Rohani Sham 11.Us Amir Md Nor 12.Us Bakar Sakak 13.En Hatta Sulaiman 14. En Tahir 15.Us Yazid Dali 16.Ustzh Wahyuni Samnu 17.Ustzh Rogayah Abd Latif 18.Ustzh Zaini Bte Ambok wasek 19.Us Suhaimi Abd Rahman 20.Us Samsuddin Mahadi 21.Pn Norhairin Othman 22.Ustzh Hajijah 23.Us Mohd Nor Bin Semat 24.Ustzh Asiah Rusad 25.Us Sallehuddin Bin Said 26.Us Andek Ariffin 27.Ustzh Masek penachok 28.En salikan 29.Ustzh Norazah Mohamed 30.En Syarifuddin Syariff 31.Us Idris 31.Us Sulimah 32.En Sairi Sayuti 33.Us salleh ariffin 34.Pn subedah 35.Pn zihan 36.Us Kamaruddin talib 37.Us Khairul Anuar mohd khir
Sesiapa yg mempunyai maklumat guru2 yang lain..sila tinggalkan komen anda dibawah ...atau hubungi sifunora 0197181075 jazakumullah khairan jazak.....
Sesiapa yang ada maklumat
11 Komen · 183 kali telah dibaca
·
|
| JOM! MAIN BOLA SEMPENA JOM! RAYA..26 Okt 2008 |
Disiarkan Oleh idris Pada October 17 2008 00:09:35
Salaaaamm...shbt2 smakj..
Salah satu pesona dan daya tarikan majlis JOM! RAYA DI SMAKJ..nanti...adalah satu perlawanan persahabatan bolasepak yang menggabungkan kesemua generasi (16 batch) sebagai satu aktiviti bersifat "ice-breaking" dan sesi taaruf sesama kita...perlawanan ini dinamakan....
"..PERLAWANAN 1001 MEMORI BOLASEPAK KOMBINASI MESRA GENERASI SMAKJ 88-2003.."
Tempat : Padang bola smakj Masa : 5.00pm-6.00pm Hari : Ahad Tarikh : 26 Oktober 2008
المباراة الودية لكرة القدم
بمناسبة احتفال عيدالفطر وتقوية صلة الرحم والأخوة لجميع الخريجين من المدرسة الثانوية الدينية بحكومة جوهر
كل عام وأنتم بخير هيا! نحتفل بعيدالفطرفي مدرستنا
احتفلواعيدالفطر بألف ذكريات وذكرى
Diharap akitiviti ini dapat mencapai objektif ukhwah perdana sesama kita...tiada pemenang dan tiada pengalah...!
JOM!RAYA DI SMAKJ.. RAIKAN AIDILFITRI BERSAMA 1001 MEMORI...
3 Komen · 122 kali telah dibaca
·
|
| AMAL JARIAH JOM! RAYA DI SMAKJ - 26 Okt 2008 |
Disiarkan Oleh sifunora Pada October 16 2008 03:47:29
 Segala puji-pujian bagi Allah , pentadbir semesta alam...alhamdulillah , satu pertemuan sesama ahli Alumni telah diaturkan pada 26 Oktober 2008 . Semoga kalian dapat melapangkan masa untuk sama-sama menjayakan program JOM! RAYA DI SMAKJ bertempat di Dewan Makan Sekolah Menengah Agama Kerajaan Johor . Mudah-mudahan Allah memudahkan urusan kita semua untuk mengukuhkan ukhuwwah yang telah lama kita bina suatu ketika dahulu .
Mafhum hadis Nabi s.a.w Daripada Salman Bin Amir r.a , Nabi S.a.w bersabda " Sedekah kepada golongan miskin , ganjarannya hanyalah sekadar pahala sedekah , sedangkan sedekah kepada mereka yang mempunyai hubungan silaturrahim terdapat dua ganjaran iaitu pahala sedekah dan pahala menjalin hubungan silaturrahim ( Riwayat At Tirmidzi )
Bertepatan dengan hadis ini , marilah sama-sama kita menyahut seruan nabi junjungan kita dengan melipat gandakan amalan dengan bersedekah dan menderma bagi menjayakan program JOM!RAYA DI SMAKJ ,
Bagi yang ingin menghulurkan sumbangan dapatlah menyalurkan bantuan ke dalam akaun Ab Razak Bin Aripin ( Maybank ) 151397107450 sila berikan maklumat tersebut di talian 0197822897 ..
Semoga dengan amalan kita ini menjadi pengikat ukhuwwah sesama kita dan penyuluh kegelapan di alam barzakh kelak...
" RAIKAN AIDILFITRI BERSAMA 1001 MEMORI "
Yang Menjalankan Tugas AB RAZAK BIN ARIPIN Pengerusi Alumni SMAKJ
1 Komen · 71 kali telah dibaca
·
|
| Jemputan Hari Raya 27 OKT 2008 - Rumah Pijal & Jard |
|
Belum menjadi ahli? Klik di sini untuk mendaftar.
Anda terlupa kata laluan? Dapatkan yang baru di sini.
|
|