Selamat Malam!    Hari ini:
Menu Utama
Laman Utama
Kata Aluan Pengerusi
Kata Aluan Pengetua
Pendaftaran Ahli Baru

Senarai Generasi
Senarai Ahli Bersekutu
BelaSungkawa

Perlembagaan Alumni
Sejarah Penubuhan
AJK Alumni 2009/2011
Wakil-Wakil Batch
Yuran Keahlian

Berita Semasa Batch
Koleksi Artikel
Forum Diskusi

Muat Turun
Soalan Lazim (FAQ)
Pautan Lain
Galeri Gambar
Carian
Hubungi Kami
Buku Tetamu
IKLAN
spacer
Ahli Online/Statistik
Pelawat Online: 2
Tiada Ahli Online

Jumlah Generasi: 18

Jumlah Besar;
Berdaftar: 770
Lelaki: 396
Perempuan: 374

Ahli Bersekutu: 5
Lelaki: 2
Perempuan: 3

Ahli Biasa: 765
Lelaki: 394
Perempuan: 371

Ahli Belum Disahkan: 265
Ahli Paling Baru: NABILAH
spacer
Topik Forum
Topik Terkini
Budak Batch10
Batch 10 Smakj Majl...
kenal kan diri anda....
korang buat pe skrg?
web KEMBARA13 open t...
Mane Gen9 Ni..
Salam Gen2
Salam
kereta apa korang pa...
x-smakj fantasy foot...
Agen Mencari Jodoh
Korang Ingat Lagi tak??
Apa lagu kenangan ko...
mcm lelap plek batch...
Nostalgia....Gambar ...
lepas geram versi SM...
walimah...
Experimen
Mari mengedit gambar...
bestnyee..
Topik Terhangat
Salam Gen2 [234]
Memori 88 Smakj [113]
Kluang 2007 [103]
MAJLIS BERBUKA PU... [69]
Korang Ingat Lagi... [65]
spacer
30 Ahli Terakhir Log
theonlydel 1 minggu
bajak 1 minggu
stereng 2 minggu
linda_lien 3 minggu
amjanajman 3 minggu
azrin77 3 minggu
dfaiz 4 minggu
PentadbirWeb 4 minggu
amirfaiz 5 minggu
AKHDIAT 5 minggu
JONN 6 minggu
Azahary Ramli 6 minggu
ZAILA 6 minggu
JCV 7 minggu
abu anas 7 minggu
zahidee 7 minggu
PIJAL 8 minggu
JARD 8 minggu
baim 8 minggu
shhahmiaina 8 minggu
jauharah 8 minggu
yathashim10 minggu
aMeLia11 minggu
bad11 minggu
egfendy11 minggu
shazril11 minggu
adam_azik11 minggu
annasafiza11 minggu
HANI HARUN12 minggu
MataBulat12 minggu
spacer
Artikel Terkini
http://jomnetwork.pa...
Aku Usik Pun Tidak!!!
MC
Ayah... Pulangkan ta...
Lembu Dan Sosej
kelebihan sujud
Better Pictures Thro...
10 Tanda!!!
Mencari Cinta?
kenapa basuh kereta ...
Awas bila ketawa
8 perkara 8 amalan...
POLITIK PERAK - PAND...
musnahnya cintaku
Peluang menjana pend...
Tahukah anda makna F...
koleksi lawak
Sejarah Palestin
Jangan mencari terla...
5 cara pilih sahabat
spacer
Laman Web Batch
1. Batch 10
2. Batch 11
3. Batch 12
4. Batch 13
5. Batch 15
6. Batch 16
7. Batch 17
8. Batch 18

9. Sila hubungi pentadbirweb untuk meletakkan laman web batch anda.
spacer
Ayah... Pulangkan tangan Ita!
Disiarkan Oleh creep Pada August 06 2009 10:15:46


Sepasang suami isteri seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun bersendirian di rumah. Dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja. Bermain di luar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berbuai-buai di atas buaian yang dibeli bapanya, ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di laman rumahnya.

Suatu hari dia terjumpa sebatang paku karat. Dia pun melakar simen tempat letak kereta ayahnya tetapi kerana diperbuat daripada marmar, lakaran tidak kelihatan. Dicubanya pada kereta baru ayahnya. Ya... ! kerana kereta itu bewarna gelap, lakarannya amat jelas.
Apa lagi kanak-kanak ini pun melakarlah melahirkan kreativitinya. Hari itu bapa dan ibunya bermotosikal ke tempat kerja kerana laluannya sesak sempena perayaan Thaipusam.
Penuh sebelah kanan dia beredar ke sebelah kiri kereta. Dilakarnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu langsung tak disedari si pembantu rumah.


Pulang petang itu, terkejut badaklah pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran ansuran, berbatik-batik. Si bapa yang belum pun masuk ke rumah terus menjerit,

"Siapa punya kerja ni?"
Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan tambah-tambah melihat wajah bengis tuannya.
Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus
mengatakan "Tak tahu... !"
"Duduk di rumah sepanjang hari tak tahu, apa kau buat?" herdik si isteri lagi.

Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari bilik. Dengan penuh manja dia berkata "Ita buat ayahhh.. cantik kan!"
katanya menerkam ayahnya ingin bermanja seperti selalu.
Si ayah yang hilang sabar merentap ranting kecil pokok bunga raya di depannya, terus dipukul bertalu-talu tapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan.
Puas memukul tapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan
anaknya. Si ibu cuma mendiamkan diri, mungkin setuju dan berasa puas dengan hukuman yang dikenakan.
Pembantu rumah melopong, tak tahu nak buat apa-apa. Si bapa cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.
Selepas si bapa masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah menggendong anak kecil itu, membawanya ke bilik.
Dilihatnya tapak tangan dan belakang tangan si anak kecil calar balar.
Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia menangis.
Anak kecil itu pula terjerit-jerit menahan kepedihan sebaik calar-balar itu terkena air.
Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapa sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah.

Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak. Pembantu rumah mengadu. "Sapukan minyak gamat tu!" balas tuannya, bapa si anak.
Pulang dari kerja, dia tidak melayan anak kecil itu yang menghabiskan masa di bilik pembantu. Si bapa konon mahu mengajar anaknya.
Tiga hari berlalu, si ayah langsung tidak menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah.
"Ita demam... " jawab pembantunya ringkas.
"Bagi minum panadol tu," balas si ibu.
Sebelum si ibu masuk bilik tidur dia menjenguk bilik pembantunya. Apabila dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup semula pintu.

Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahu tuannya bahawa suhu badan Ita terlalu panas. "Petang nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu.
Sampai waktunya si anak yang longlai dibawa ke klinik. Doktor mengarahnya ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius.
Setelah seminggu di wad pediatrik doktor memanggil bapa dan ibu kanak-kanak itu.
"Tiada pilihan.." katanya yang mencadangkan agar kedua-dua tangan kanak-kanak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu teruk.
"Ia sudah bernanah, demi nyawanya tangan perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor.
Si bapa dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu.
Terasa diri tunggang terbalik, tapi apalah dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak.
Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapa terketar-ketar menandatangani surat kebenaran pembedahan.

Keluar dari bilik pembedahan, selepas ubat bius yang dikenakan habis, si anak menangis kesakitan.
Dia juga terpinga-pinga melihat kedua-dua tangannya berbalut putih.
Direnung muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis.
Dalam seksaan menahan sakit, si anak yang keletah bersuara dalam linangan air mata.
"Abah.. Mama... Ita tak buat lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat.
Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa.
"Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah,
Sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung seperti histeria.
"Abah.. bagilah balik tangan Ita. Buat apa ambil.. Ita janji tak buat lagi!
Ita nak makan macam mana? Nak main macam mana? Ita janji tak conteng kereta lagi," katanya bertalu-talu.
Bagaikan gugur jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.


Moral cerita: Sendiri Mau Ingat La Beb!!!


0 Komen · 388 kali telah dibaca · Cetak
Komen
Tiada komen setakat ini.
Hantar Komen
Sila log masuk untuk hantar komen.
Nilai
Penilaian isi kandungan di atas adalah diperuntukkan kepada ahli sahaja.

Kepada bekas pelajar, sila log masuk untuk memberi penilaian.

Tiada penilaian setakat ini.